Archive

Archive for the ‘motivasi dan tips’ Category

Goal Setting 2010

January 3rd, 2010

Anda ada matlamat untuk tahun 2010? Apakah matlamat dan Goal Setting anda untuk tahun 2010 ini…

Salah satu cara untuk tracking Goal Setting anda adalah dengan menggunakan salah satu laman web 2.0 yang fokus kepada Goal Setting.

Laman web GoalSetting1 adalah percuma dan anda boleh mendaftar dan mula menulis goal setting dan matlamat anda di sana.

Post to Twitter Tweet This Post

motivasi dan tips , ,

Hujan lebat

November 1st, 2009

Salam Sejahtera,

Dalam diam-diam tirai 2009 sudah hampir ke penghujungnya. Masa berlalu begitu pantas sekali dan tanpa di sedari dah hampir 2 tahun aku berada di Bertam Perdana 2.

Malam tadi hujan amat lebat sekali. Aku terperangkap dalam hujan. Jadi lepas solat maghrib di surau terus sahaja lepak di surau bersama-sama dengan jiran-jiran yang lain. Sejak puasa yang lepas jarang dah dapat bersama-sama dengan jiran-jiran, maklumlah semua sibuk.

Lepas isyak baru aku balik itupun selepas pekena kopi kaw bersama-sama jiran-jiran di ruang surau.

Aku melihat semula perjalanan biz aku sepanjang 2009. Macam-macam yang aku tempuhi. Ada yang menarik, sedih, kecewa, marah, sukses dan pengajaran di sepanjangnya. Walaupun pelbagai rintangan yang datang, alhamdulillah aku masih mampu bertahan di sini.

Kalau MLM aku masih meneruskan perjuangan di Smart Naco bersama SST. Kalau di internet aku teruskan GDI sejak 2004 lagi dan aku juga sejak 2005 menggunakan perkhidmatan laman web dari wwkiosk yang kini sudah di berikan nafas baru iaitu GVO. Dengan pakej GVO ini aku tak perlu lagi mempunyai Hotconference dari langganan lain kerana pakej GVO termasuk Hotconference sekali. Jadi aku kalau di internet fokus pada GDI dan GVO sahaja.

Baru-baru nie rakan niaga aku perkenalkan Redtone Mobile. Aku tengok menarik juga program referal nya dan lagipun ianya bukan MLM, jadi tak ada percanggahan dengan apa yang aku sedang buat. Jadi aku pun promote juga Redtone Mobile. Sambil-sambil guna telefon apa salahnya di bayar komisen sekali .

Jadi 2009 perjalanan semakin mencabar namun aku dapat melihat ianya akan menjadi lebih baik di tahun 2010. InsyaAllah.

Post to Twitter Tweet This Post

motivasi dan tips , , , , , ,

Kejayaan Anda tanggungjawab anda

January 27th, 2009

Cuti Perayaan Tahun Baru Cina sudah sampai di pertengahan. Ramai yang bekerja sudah mula bekerja, tapi masih ramai yang di berikan cuti sehingga seminggu oleh kerana kegawatan ekonomi semasa yang melanda. Rata-rata sektor elekronik dan pengilangan menerima tempias yang amat kuat sekarang.

Ada rakan-rakanku yang bekerja hanya 4 hari seminggu. Jika tiada cuti maka cuti tanpa gaji terpaksa di ambil. Ada juga yang menanti-nanti saat bila nama tersenarai di antara yang terpaksa mengambil VSS. Memang situasi tidak memberangsangkan.

Ada juga yang mengambil kesempatan. Aku bertemu dengan beberapa bekas rakan niaga yang memperkenalkan pelbagai skim itu dan ini. Ada yang bagus, ada yang macam ada unsur-unsur skim cepat kaya dan ada yang tenggelam timbul. Ada ramai juga yang sertai pelbagai perniagaan, nak cari yang mana sesuai dan menjadi. Ada yang telefon dari jauh bertanya khabar sambil meninjau peluang-peluang baru.

Tapi masih ada yang terus menjadi pelanggan dan pengguna produk susu IgG-Plus. Rakan niaga yang dah lama menyepi di Hollands mula order semula produk Bio Young Plus. Rakan niaga dan kenalan yang tinggal di German juga sudah order susu IgG-Plus semula ! Keluarga mereka di Indonesia juga mulai mendaftar di Naco Worldwide.

Sepanjang 1-2 minggu yang lepas, aku banyak menghabiskan masa bertemu pelbagai ragam dan kerenah pemimpin-pemimpin MLM di dalam pelbagai syarikat yang berbeza. Ada yang menekan, ada yang memberikan penerangan dengan teliti dan teratur dan ada juga yang menjadi pendengar yang terbaik. Banyak ilmu yang aku timba dan banyak pemikiran yang aku analisakan….

Namun dari apa yang aku amati, kejayaan hanya bisa di capai apabila anda mengambil tanggungjawab 100% untuk memikulnya dan terus fokus kepada apa yang anda ingini. Terlari dari fokus, terlepas dari pandangan mata, terkeluar dari landasan prinsip kehidupan, anda akan hilang punca dan arah.

Dalam perniagaan jatuh dan bangun menjadi lumrah. Jika anda berjaya bangun dengan GAHnya selepas kejatuhan, anda layak bergelar JUARA. Tidak kira di mana anda bertapak, tidak kira di mana anda berjuang, anda pasti menjadi JUARA.

Tanpa di sedari 2009 sudah hampir berlalu satu bulan. Diam tak diam, produk IgG-Plus habis juga dalam simpanan. Ada yang ambil 6 kotak, ada yang order 4 kotak dan ada yang beli sekotak-kotak. Kalau yang jauh, aku menerima pembayaran mereka ke dalam paypal akaun aku sahaja. Hantar produk tak sampai seminggu sudah sampai, duit terus masuk ke dalam paypal akaun. Seronok juga kalau bisnis macam ini.

Sesiapa di Malaysia, kalau berminat menjadi ahli SESP iaitu SMART ENTERPRENUER SUCCESS PROGRAM anda boleh hubungi saya melalui laman web ini . SESP Package bermula dengan kos RM400 . Jika malas nak bank-in wang anda, boleh bayar guna kad kredit melalui paypal akaun.

Hahaha…. Kejayaan ANDA adalah TANGGUNGJAWAB anda, melalui SESP kami membantu anda berjaya di dalam mencapai Impian dan Cita-cita anda selama ini. Jangan tunggu lama-lama. Anda mesti ada pelan untuk mengubah kehidupan anda di samping mempunyai pelan B jika apa-apa berlaku kepada pekerjaan anda sekarang. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.

PILIH MANA ANDA NAK PERGI ? SUSAH ATAU SENANG? SEKARANG ATAU TUNDA LAGI LAH….. Klik di incomeluarbiasa.com

Sertai Smart Success Team SESP Program !

Sertai Smart Success Team SESP Program !

Post to Twitter Tweet This Post

motivasi dan tips , ,

The Road Not Taken

January 26th, 2009

The Road Not Taken 
  
TWO roads diverged in a yellow wood, 
And sorry I could not travel both 
And be one traveler, long I stood 
And looked down one as far as I could 
To where it bent in the undergrowth;        
 
Then took the other, as just as fair, 
And having perhaps the better claim, 
Because it was grassy and wanted wear; 
Though as for that the passing there 
Had worn them really about the same,       
 
And both that morning equally lay 
In leaves no step had trodden black. 
Oh, I kept the first for another day! 
Yet knowing how way leads on to way, 
I doubted if I should ever come back.        
 
I shall be telling this with a sigh 
Somewhere ages and ages hence: 
Two roads diverged in a wood, and I— 
I took the one less traveled by, 
And that has made all the difference.
  

Robert Frost (1874–1963).  Mountain Interval.  1920      

Post to Twitter Tweet This Post

motivasi dan tips ,