Home > motivasi dan tips > Hujan lebat

Hujan lebat

November 1st, 2009

Salam Sejahtera,

Dalam diam-diam tirai 2009 sudah hampir ke penghujungnya. Masa berlalu begitu pantas sekali dan tanpa di sedari dah hampir 2 tahun aku berada di Bertam Perdana 2.

Malam tadi hujan amat lebat sekali. Aku terperangkap dalam hujan. Jadi lepas solat maghrib di surau terus sahaja lepak di surau bersama-sama dengan jiran-jiran yang lain. Sejak puasa yang lepas jarang dah dapat bersama-sama dengan jiran-jiran, maklumlah semua sibuk.

Lepas isyak baru aku balik itupun selepas pekena kopi kaw bersama-sama jiran-jiran di ruang surau.

Aku melihat semula perjalanan biz aku sepanjang 2009. Macam-macam yang aku tempuhi. Ada yang menarik, sedih, kecewa, marah, sukses dan pengajaran di sepanjangnya. Walaupun pelbagai rintangan yang datang, alhamdulillah aku masih mampu bertahan di sini.

Kalau MLM aku masih meneruskan perjuangan di Smart Naco bersama SST. Kalau di internet aku teruskan GDI sejak 2004 lagi dan aku juga sejak 2005 menggunakan perkhidmatan laman web dari wwkiosk yang kini sudah di berikan nafas baru iaitu GVO. Dengan pakej GVO ini aku tak perlu lagi mempunyai Hotconference dari langganan lain kerana pakej GVO termasuk Hotconference sekali. Jadi aku kalau di internet fokus pada GDI dan GVO sahaja.

Baru-baru nie rakan niaga aku perkenalkan Redtone Mobile. Aku tengok menarik juga program referal nya dan lagipun ianya bukan MLM, jadi tak ada percanggahan dengan apa yang aku sedang buat. Jadi aku pun promote juga Redtone Mobile. Sambil-sambil guna telefon apa salahnya di bayar komisen sekali .

Jadi 2009 perjalanan semakin mencabar namun aku dapat melihat ianya akan menjadi lebih baik di tahun 2010. InsyaAllah.

Post to Twitter Tweet This Post

motivasi dan tips , , , , , ,

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.