Sessi kedua Go Manager 3000 Training berjalan lancar
Salam Sejahtera !
Baru sahaja selesai mengadakan training Go Manager Training di Bertam Perdana 2. Praktikal training kali ini merangkumi pembinaan lead-capture page dan sistem online dengan menggunakan 100% kaedah percuma.
Rakan niaga SST yang hadir di ajar secara praktikal dalam 7 aspek pembinaan Lead-capture-page sendiri. Dengan mempunyai pengetahuan yang di berikan pada malam ini, mereka sudah boleh membina lead-capture-page sendiri dan sudah boleh menduplikasikan kepada rangkaian mereka. Inilah objektif utama sistem Go Manager 3000 Training.
7 aspek yang di ajar ialah :
- Di mana membina blog yang boleh mendapatkan masa yang singkat di senaraikan di dalam MSN, Yahoo dan Google.
- Di mana boleh mendapatkan autoresponder percuma yang memberikan banyak features seperti autoresponder berbayar. Dengan autoresponder ini, rakan niaga mempunyai sistem opt-in mereka sendiri tanpa mengeluarkan sesen pun.
- Di mana boleh mendapatkan storage di internet secara percuma untuk meletakkan file-file yang bakal di bawa turun oleh prospek-prospek di internet. Dengan kaedah ini, di mana-mana sahaja atau pada bila-bila masa sahaja rakan niaga boleh memberikan url untuk di berikan kepada prospek. Dan ini boleh di lakukan dengan menggunakan servis autoresponder percuma di dalam item 2.
- Bagaimana memasukkan video ke dalam video sharing site yang paling popular. Bukan itu sahaja tetapi rakan niaga turut di ajar bagaimana memastikan video mereka berada di dalam ranking tertinggi di dalam MSN, Yahoo dan Google dengan menggunakan kata kunci yang bersesuai. Juga rakan niaga di ajar bagaimana memastikan url web atau blog mereka mendapat klik dari video yang di masukkan ke dalam video sharing site tersebut.
- Bagaimana menggunakan twitter untuk memaksimakan promosi SST.
- Kaedah memendekkan URL yang terlalu panjang dan bagaimana menggunakan nya secara berkesan
- Bagaimana menggunakan slide ppt secara automatik mempromosikan bisnes SST kepada pengunjung internet tanpa anda perlu memberikan penerangan…. (di tangguh ke sessi ke 3 sebab tidak kecukupan masa)
Dalam sessi ke 3 selain daripada item ke 7, rakan niaga juga akan di ajar teknik advance di dalam promosikan bisnes SST menggunakan Video Marketing.
Dua perkara yang paling hebat di perkatakan di dalam Internet Marketing ialah Video Marketing dan Twitter Marketing dan rakan niaga yang mengikuti sessi Go Manager 3000 Training akan berpeluang mempelajari teknik-teknik tersebut.
Ingin menjadi rakan niaga SST di dalam SESP Program, sila klik di sini .
Dapatkan update terkini,ikut saya di Twitter dengan klik di sini.



