Home > sst news > Go Manager Training Sessi ke 3

Go Manager Training Sessi ke 3

February 19th, 2009

Salam Sejahtera …

Cuaca di Utara (esp. Kepala Batas) semakin panas terik. Rumput-rumput di sepanjang jalanpun dah bertukar warna Kalau berada di luar, jam 7 ptg masih panas dan bercahayakan matahari.

Program Go Manager 3K Training pada minggu ini fokus pada pembinaan laman web dengan menggunakan hosting percuma. Dengan kemunculan web2.0 sejak kebelakangan ini, banyak aplikasi yang dulunya berbayar kini boleh di dapati secara percuma.

Walaupun kualitinya mungkin tidak sebaik yang berbayar namun untuk peringkat permulaan dan pembelajaran, ianya amat sesuai sekali.

Sessi kali ini menyentuh tentang pembinaan laman web Lead-Capture-Page. Apabila di sebut sebagai Lead capture page bermakna anda membina laman web ini dengan berobjektifkan untuk mendapatkan maklumat pelanggan atau prospek yang mengunjungi web anda.

Oleh itu selain daripada laman web, anda juga perlu ada web form yang boleh memastikan maklumat prospek dan bakal pelanggan boleh anda perolehi untuk membuat tindakan susulan.

Cara yang mudah dan percuma adalah dengan menggunakan weebly.com. Weebly adalah salah satu aplikasi web2.0 yang menyediakan tapak web percuma, site builder percuma dan juga web form percuma. Kaedah pembinaan menggunakan weebly amat mudah dan anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang di tunjukkan di dalam member area weebly.

Pendaftaran di weebly.com adalah percuma dan anda boleh menggunakan URL seperti http://NamPilihanAnda.weebly.com . Di samping itu anda juga boleh mempromosikan web anda dan berinteraksi dengan pengguna-pengguna weebly yang lain. Weebly.com juga adalah Social Networking site yang semakin popular…. .

Jika anda menyertai Smart Success Team, anda berpeluang mengikuti Go Manager 3K Training ini setiap minggu.

Jangan lupa ikuti saya di dalam twitter dengan klik di sini.

Salam Sukses Luarbiasa !

Kaz

Post to Twitter Tweet This Post

sst news , ,

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.