Bloodtest analysis di Bertam Perdana
Salam Sejahtera !
Petang tadi bermula jam 2:30 ptg Nurul and partner dari HQ Smart Naco sudah sampai ke rumah. Kehadiran awal membolehkan mereka setup kelengkapan untuk melakukan Blood Test Analysis program yang memang di rancang pada 14 Februari jam 3 ptg.
Program bermula pada jam 3:00 ptg. Oleh kerana ramai lagi yang belum hadir, untuk merasmikan program, aku ambil keputusan untuk menjadi peserta pertama membuat blood test analysis. Ehem… produk yang di syorkan ialah Smart Naco Plant Oil.
Panas yang terik sehingga petang tidak menghalang program berjalan dengan lancar. Seramai 25 orang membuat blood test analysis sehingga jam 7 petang. Kehadiran lebih daripada 50 orang. Di antara produk-produk yang paling popular di dalam senarai yang di cadangkan oleh wakil dari Smart naco ialah :
- Naco Cellrenew
- Naco Plant Oil
- Naco Probio Food (P17)
- Naco IgG-plus
Rata-rata yang hadir adalah saudara-mara di sebelah isteri saya dan rakan niaga dari SST. Majoriti berpuas hati dengan analysis yang di buat oleh wakil HQ Smart naco. InsyaAllah, ramai yang akan mendapatkan produk-produk Smart Naco yang lain (selain daripada IgG-plus) iaitu Cellrenew, Plant Oil dan P17.
Sedikit informasi tentang produk-produk di atas :
1. Cellrenew - membekalkan tenaga tambahan untuk kerja-kerja harian. Cellrenew mengandungi 78 jenis mineral surih, 34 jenis enzim dan 17 jenis asid amino. Saranan pengambilan 10 titik di dalam 250ml air suam, 2 kali sehari.
2) Naco Plant Oil Plus E - di perbuat daripada 7 jenis tumbuhan yang berlainan. Ia mengadungi omega-3, Omega-6, dan kaya dengan vitamin E. Vitamin E merupakan satu anti-oksidan yang bertanggungjawab memastikan sistem imun berfungsi dengan berkesan dan untuk mengekalkan kesihatan mata dan kulit. Saranan pengambilan - 2 kapsul selepas makan, 2-3 kali sehari
3) Naco Pro-Bio Food (P17) - mengandungi 17 jenis bakteria asid laktik, 18 jenis asid amino, 12 vitamin, mineral dan asid lemak perlu. Ia membantu menguatkan sistem percernaan, meningkatkan penyerapan nutrien, merangsang sistem imun dan mengekalkan paras kolestrol normal. Saranan pengambilan 3 softgel sebelum makan, 2-3 kali sehari.
Ok, saya sertakan juga hilite program petang tadi ….. .










